Travelog Tarbawi Addhaif.

Perhentian, berteduh melepas penat dari permusafiran dunia menuju akhirat. Menghimpun tenaga. Menyiap bekal. Menyingkir zulmat. Menyinari alam.

pause jika menganggu pembacaan. ^^

Muhadarah untuk pelajar nusantara di Al-Azhar Asy-Syarif : Ustaz Noorazam Bahador.

BismiLLAHi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat.


AlhamduliLLAH.., berkesempatan untuk hadir pada 2 muhadarah pertama khusus buat pelajar nusantara, terutamanya Malaysia, di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif, Kaherah.

Sabtu lalu bersama mantan presiden Pmram, Ustaz Hairul Nizam, yang membacakan kepada kitab Matan Waraqat Imam Haramain, berkaitan usul fiqh, dan hari Isnin, Ustaz Noorazam, membaca kitab Matan Abi Syuja, berkaitan Fiqh.

Ada sahabat yang menjadikan alasan tak faham bahasa arab sebagai penghalang untuk pergi talaqqi. Nampaknya sekarang tiada alasan lagi. Jom bertalaqqi..!

Berikut adalah jadual untuk 'kelas dalam bahasa Melayu' di Al-Azhar Asy-Syarif.

Sabtu : Matan waraqat. Selepas Isyak. ( Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam )

Isnin : Matan Abi Syuja. Selepas Isyak. ( Al-Fadhil Ustaz Muhammad Noorazam Bahador )

Selasa : Al-Kharidah Al-Bahiyyah. Selepas asar. ( Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrul )

Rabu : Al-Manzumah Al-Baiquniyyah. Selepas Isyak. (Al-Fadhil Ustaz Hanif )

Gambar : Kelas Ustaz Noorazam, Masjid Al-Azhar Asy Syarif.








AlhamduliLLAH.., moga-moga tiada alasan lagi. Baik student medik mahupun dentist, pengajian ISLAM apatah lagi. Jom bertalaqqi.. !! ^^


Naqiuddin AnsaruLLAH.
~ Al-Azhar, Kaherah ~
Penat tapi puas. ^^

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails